Sunday, March 8, 2015

Solat Berjemaah beserta Susunan Imam dan Makmum

Disebabkan saya ni new blogger, jadi terimalah saya seadanya dengan penulisan yang agak skematik ini..hehehe...ok arini saya nk kongsi ilmu sdikit pasal saolat berjemaah ni...info ni pun sgtla berguna terutama utk saya kerana saya ini selalunya lupa kedudukan imam dan makmum...ni pun kebetulan tahun ni saya mengajar fekah darjah 3 maka terdapatla topik seperti tertera kt atas...ok pasni jgn lupe lgi...kita mula step by step...


PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH

iaitu solat beramai-ramai sekurang-kurangnya dua orang terdiri daripada seorang imam dan seorang makmum.


Sabda Nabi SAW:
ٍصَلاَةِ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ مِنْ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَة

Maksudnya : "Solat berjemaah itu lebih afdal (bagus) daripada solat berseorangan dengan kadar 27 darjat (pangkat)." 
                                                                                                
                                                                                                     (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadinya, walaupun hanya sembahyang sekadar dua orang berimam dan bermakmum maka dapatlah kita pahala yang berganda daripada solat perseorangan.


HUKUM SOLAT BERJEMAAH
  • Fardhu kifayah  : keatas orang lelaki disuatu tempat bagi semua solat fardhu kecuali solat                                       jumaat
  • Fardhu ain         : keatas setiap llelaki bagi solat jumaat
  • Sunat                 : untuk solat sunat seperti solat hari raya


KEUZURAN BERJEMAAH

Solat berjemaah tidak boleh ditinggalkan kecuali ada keuzuran sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Rasulullah SAW:

ٍمَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فلم يَأْتِهِ فَلَا صَلَاةَ لَهُ مِنْ عُذْر

Maksudnya: "Sesiapa yang mendengar azan tetapi ia tidak hadir maka tidaklah sempurna solatnya kecuali disebabkan keuzuran."

                                                                                                                (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Antara keuzuran solat berjemaah ialah
  • cuaca terlampau sejuk 
  • hujan
  • terpaksa buang air
  • lapar ataupun dahaga
  • takut pemiutang meminta hutang kepadanya di tengah jalan sedangkan ia benar-benar tidak mampu
  • takut kepada orang zalim
  • siap sedia untuk bermusafir takut terlewat atau ditinggalkan oleh kawan-kawan

POSISI IMAM DAN MAKMUM






Yang ni kedudukan yang selalu kita lihat kat masjid dan surau...cuba tengok gambar kt atas ni..posisi makmum khunsa berada di belakang makmum kanak-kanak lelaki dan dihadapan makmum kanak-kanak perempuan. ini kerana kemusykilan terhadap status jantinanya, maka kedudukan makmum khunsa adalah seperti di atas.

Diriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak." (Riwayat Muslim)

Seorang Imam dan seorang makmum lelaki


Makmum lelaki berada di belakang imam di sebelah kanan imam.


Seorang Imam dan  dua orang makmum lelaki


Apabila datang makmum lelaki lain maka hendaklah ia berada di sebelah kiri imam. Imam itu hendaklah ke hadapan dan kedua makmum merapatkan saf semula. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang kedua (yang baru datang) bolehlah berdiri di belakang imam kemudian makmum yang pertama berundur ke belakang untuk menyamakan saf.


Seorang Imam dan makmum kanak-kanak lelaki


Posisi makmum kanak-kanak lelaki yang belum baligh apabila bersolat dengan imam sama dengan kedudukan makmum lelaki dewasa iaitu berada di belakang imam di belah kanan imam.


Seorang Imam, makmum lelaki/makmum kanak-kanak lelaki dan makmum wanita


Apabila seorang wanita bersolat di belakang jemaah lelaki, maka wanita itu hendaklah bersolat di belakang jemaah itu dan ke kiri sedikit.


Seorang Imam lelaki dan makmum wanita


Makmum wanita hendaklah berada di belakang imam di sebelah kiri sedikit dari imam

Sekian sahaja info untuk hari ini...moga dapat dipraktikkan dengan cara yang betul dan jangan tunggang terbalik lagi ye.. =)

Sumber rujukan:
Buku teks darjah 3
Indahnya hidup bersyariat 







6 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih kak Raihan..moga bermanfaat..inshaAllah..

      Delete
  2. Info yg sgt baik..cara penulisan senang difahami..bgus2..teruskn menulis lg ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ainaa..masih bertatih lagi tulis blog ni..hehe

      Delete
  3. Assalamualaikum...perkongsian yang sangat seronok !! semoga bermanfaat kepada semua...tahniah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...terima kasih kak Niza..inshaAllah aamiin..

      Delete